Ruangan tinta cikgu riezan di bina khas untuk memuatkan sebarang maklumat atau bahan pengajaran dan aktiviti anak-anak didik di kelas pra sek. keb. kedai buluh. Semoga ruangan ini dapat memberikan maklumat kepada ibu bapa tentang setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Warga Pendidik
scrolling tinta cg riezan
Friday, 14 December 2012
Majlis Khatam Pogram Pintar Al-Quran 2012
Thursday, 13 December 2012
Sambutan Hari Lahir Pelajar 2012
Hari Graduasi Pelajar 2012
Tuesday, 20 November 2012
Contoh Soalan dari sekolah lain
Tugasan untuk anak didik
Saturday, 17 November 2012
Mengenal Nombor
Pengenalan Kepada Komputer
Mari Menyebut
Aktiviti menyanyi dan menonton melalui Televisyen atau video adalah antara aktiviti yang digemari oleh pelajar. Mereka merasa sangat teruja untuk melakukan aktiviti ini.
Jom kita Membaca & Menyebut
Jamuan Akhir Tahun Kelas Pra
Friday, 16 November 2012
Kaedah Gambarajah @ ilustrasi
Pelancaran Pendidikan Pra Sekolah Kanak-Kanak Permata
Program PERMATA
PENGENALAN:-
Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka.
Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA
Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di
negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di
luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang
sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.
PERMATA
mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek
pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti
Ini
adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang,
yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan
modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari
terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.
Falsafah, Fokus dan Rasional kami:-
Bagi kami, pendekatan yang menekankan konsep setiap anak adalah individu yang berbeza.
Oleh itu, kami berpegang pada falsafah bahawa:-
• Setiap anak permata negara
• Setiap anak amat berharga
• Setiap anak adalah modal insan Negara.
• Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi
, kognitif dan komunikasi mereka.
Oleh
itu melalui falsafah ini kami berusaha untuk mencapai objektif PERMATA
bagi menghasilkan modal insan Negara yang cemerlang, gemilang, terbilang
dalam menuju wawasan sebagai Negara maju di masa hadapan.
Dalam
usaha merealisasikan objektif program PERMATA, kami memfokuskan pada
kumpulan sasaran atau segmen tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA
ialah kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun dengan tumpuan di
kawasan bandar dan luar bandar.
Ini dikira
rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan
bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak
kanak-kanak.
Hubungan emosi dan sosial yang
dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan
personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang.
Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar.
Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini.
kurikulum permata
Kurikulum
PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan
kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi,
komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum
PERMATA:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logic
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logic
sejarah permata
Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu. Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.
Kerana
begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada
sesuatu yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam
proses membesar.
Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.
Sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu
datang, beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana
matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik kepada negara dan
satu lagi kerana tidak mahu lagi ‘terganggu’ dengan laporan-laporan
jenayah disiarkan hampir saban hari.
Lantas,
25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar
belakang dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu
merealisasikan hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan
calang-calang orang dan mereka juga senada bahawa pembentukan insan akan
menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal lagi
Kumpulan
ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran,
latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak,
ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini
dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan
dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan
sedemikian.
Dan bagi menjayakan konsep
pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan bersepadu yang
melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak
berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi
menjadikan kanak-kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih
berjaya dan membanggakan.
Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul
pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak
kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.
HASIL KAJIAN:-
Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah seperti berikut:-
- Perkembangan emosi :
- 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;
- Perkembangan bahasa dan Komunikasi :
- 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Kemahiran berkomunikasi :
- 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Perkembangan sosial :
- 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Pengurusan Diri :
- 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Perkembangan intelek :
- 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan
- Perkembangan rohani :
- kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.
Pembudayaan ICT di Sek. Keb Kedai Buluh
Pogram pembudayaan ICT di SKKB dilaksanakan demi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan individu yang celik IT dan tahu menggunakan komputer dan pengisiannya. Perlaksanaan ini diharapkan berterusan dan sentiasa mendapat suntikan idea yang membangun dari masa ke semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)